25 December 2018

HUBUNGAN ANAK DIPERKATAKAN - FAYE KUSAIRI TAMPIL 'BERSUARA'


"Bagi yang suka menyibuk sangat tanya Alif ni tiada bergambar dengan adik-beradik dia ke tak tu, ni ha... Sis repost gambar throwback Alif tiga hari selepas kelahiran dia yang diambil di rumah ibu bapa saya.





"Malah Kak Yanti (ibu kepada anak-anak tiri saya) dan abang-abang kepada Alif yang kacak ni tunggu saya di luar bilik bersalin bersama keluarga saya, menunggu nak menyambut kelahiran Alif.

"Dan saya memang sangat akrab dengan Kak Yanti malah beliau juga sangat rapat dengan keluarga suami," kata pelakon Faye Kusairi menerusi laman Instagram miliknya.

Faye bertindak memuatnaik gambar anak sulung lelaki bersama dua anak tirinya sebagai 'belanja' kepada segelintir pengikutnya yang gemar memperkatakan tentang hubungan mereka.

Klik untuk gambar besar


Isteri kepada pengarah, Azmi Hatta itu turut memberitahu dia juga mempunyai hubungan rapat dengan Yanti iaitu bekas isteri suaminya yang juga ibu kepada dua anak tirinya iaitu Azam, 17 dan Aqif, 16 tahun.

Dalam pada itu, Faye berkata, walaupun dia tidak perlu menjelaskan mengenai perkara peribadi kepada orang luar namun dia mengambil keputusan untuk 'melayan' kerana berasa jengkel dengan pertanyaan berhubung hal itu.

Pinta Faye lagi, dia berharap selepas ini tiada lagi netizen yang cuba menjentik isu peribadi terutama berkaitan keluarganya di laman sosial.



"Jadi acik-acik bawang, dah tak payah kot nak cuba jual bawang hangit dekat Instagram saya. Jangan usik keluarga besar saya. Pergi membawang tempat lain. Anda tidak dialu-alukan di sini.

"Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa tapi sebab korang menjengkelkan sangat, saya layan juga la sekali-sekala. Apa ada hal... Huhu," tuturnya.

Untuk makluman, Faye dan Azmi berkahwin pada 9 April 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Alif Azmi yang dilahirkan pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Faye Kusairi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: