25 December 2018

INTAN LIANA SALEH: "KENANGAN TAKKAN DAPAT DIPADAM"


Menerusi laman Instagram, Intan Liana Saleh telah berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Ariq Muqri Muhammad Radzi dan ia mendapat perhatian ramai.





Melihat pada video tersebut, Intan memuatnaik foto sekeluarga iaitu bersama bekas suami seorang pemuzik, Ude Wahid dan anak sulungnya, Arish Muqri.

Dalam kapsyen video terbabit, Intan memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang kedua. Intan memberitahu dia hanya mengimbau foto tersebut kerana ia sebahagian kenangan yang dilaluinya sebelum ini.

Intan juga berseloroh kepada pengikutnya supaya mendoakan semoga rezekinya dimurahkan serta segera bertemu pengganti.

Klik untuk gambar besar


Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #dekmokturns2 #the3thatloveeachothers #dmuqri's #anakbonda #ygkedua #nyawabonda #alhamdulillah #allahada #normallife #notmoveonjustgoon

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa sedih membaca kapsyen Intan serta memberi ucapan sempena hari lahir Ariq.

Untuk makluman, Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri berusia dua tahun.






VIDEO YANG DIMUATNAIK OLEH INTAN LIANA SALEH



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: