Pelakon Rita Rudaini berkesempatan untuk membawa anak-anaknya menonton perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di sebuah restoran mamak.
Menerusi akaun Instagram, Rita ada berkongsi video saat momen anaknya bersorak gembira apabila Harimau Malaya berjaya ke peringkat akhir.
Melihat kapsyen yang ditulis, Rita memberitahu betapa terujanya anak beliau sehingga sanggup menonton perlawanan bola sepak itu di dalam hujan di restoran tersebut.
Kesungguhan anak sulungya itu memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia mengundang rasa sebak netizen.
Klik untuk gambar besar
Rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.
Terdahulu, Rita mendedahkan ada pihak yang tidak senang duduk apabila dia ingin berbaik semula dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak walaupun demi anak-anak.
Malah, sehingga ada yang cuba melagakan mereka dan membiarkan anak-anak menjadi mangsa, tidak dapat merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.
Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
No comments:
Post a Comment