07 December 2018

SHARIFAH ROSE DEDAH KISAH "I MISS YOU" PADA ISMAIL IZZANI


"Saya single... Hubungan dengan Ismail itu cerita lama dan kami pun sebenarnya sudah berbaik tetapi hanya sebagai kawan sahaja.





"Komen "I miss you" di Instagram itu tiada apa-apa... Memanglah ada rindu bila teringat kembali memori ketika bercinta tapi kami sedar hubungan itu tiada keserasian.

"Sekarang pun sudah lama juga kami tidak berhubung," kata selebriti media sosial Sharifah Rose yang menyangkal dakwaan hubungan cintanya dengan penyanyi Ismail Izzani kembali bertaut.

Dakwaan tersebut timbul selepas gadis manis berusia 20 tahun itu meninggalkan komen di Instagram seolah-olah merindui penyanyi lagu 'Bidadari' itu baru-baru ini.

Sharifah atau mesra dengan panggilan Rose, menjelaskan ungkapan itu tidak membawa sebarang maksud tertentu, malah hubungannya dengan Ismail sudah lama berakhir kerana tiada persefahaman.

Klik untuk gambar besar


Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya ketika ditemui pada majlis Anugerah Nona Superwoman anjuran majalah Nona baru-baru ini, Rose memberitahu dia teruja apabila ditawarkan membintangi sekual drama popular Nur 2.

Kata Rose, sebagai persiapan, dia sedang mengikuti kelas lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan pihak produksi.

"Alhamdulillah ada beberapa tawaran lakonan namun pihak produksi meminta saya masuk kelas lakonan terlebih dahulu sebagai persediaan dan itu yang sedang saya lakukan sekarang.

"Mereka ada tawarkan sama ada drama Nur 2 atau sebuah drama bersempena Ramadan akan datang, Insya-Allah kalau ada rezeki pasti saya akan lakukan dengan sebaiknya," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: