19 December 2018

BEKAS ANGGOTA ASAL KRISTAL - LAN SOLO 'BERGABUNG KEMBALI'


"Alhamdulillah, selepas 20 tahun berada dalam industri muzik saya dapat mengadakan showcase ini sebagai hadiah kepada para peminat. Bagi saya, setiap penyanyi sudah pasti ada cita-cita yang besar untuk mengadakan showcase dan itu adalah hala tuju yang saya harapkan selama ini.





"Saya akan kembali bersama semula dengan anggota asal kumpulan Kristal pada showcase ini dan ia merupakan sesuatu yang istimewa bagi saya. Antara anggota asal yang akan bersama saya ialah Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai.

"Saya juga akan menjemput beberapa artis undangan lain yang pernah berduet sebelum ini pada showcase terbabit," kata penyanyi Lan Solo yang akan kembali semula bersama dengan bekas anggota asal kumpulan Kristal dalam persembahan 'Lan Solo Next Level Showcase'.

Menurut Lan yang ditemui media pada majlis sidang media 'Lan Solo Next Level Showcase' di Sari Ratu Prima, Subang Jaya, dia mahu mengimbau kenangan yang pernah dilalui selama 20 tahun bersama Kristal dalam showcase tersebut.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, bekas vokalis kumpulan Kristal itu memberitahu, atas permintaan peminat juga, dia bergabung semula dengan anggota lama kumpulan itu.

Ujarnya lagi, dia dan teman-teman bekas anggota Kristal iaitu Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai sepakat membuat persembahan istimewa pada showcase yang akan diadakan di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Kuala Lumpur, pada 2 Mac.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 33, idea mengadakan persembahan mula timbul ketika kelima-lima rakannya itu menghubunginya selepas dia membuat keputusan menarik diri daripada Kristal setahun lalu.

"Mereka adalah bekas anggota yang turut menimpa nasib sama seperti saya. Penyertaan mereka dalam showcase itu sangat menggembirakan saya selepas setahun bergerak solo.



"Saya gembira mereka mengambil langkah menghubungi saya untuk menyertai showcase ini. Kembalinya kami bersama diilhamkan daripada permintaan peminat... Syukur kami dapat merealisasikan hasrat mereka.

"Impian untuk buat persembahan memang sudah lama saya simpan tetapi apabila jodoh bersama kumpulan lama tidak panjang, saya rasa ia perlu diteruskan juga. Mereka inilah antara orang terawal yang bertanya khabar saya selepas menarik diri daripada Kristal.

"Dari situ muncul idea mengapa tidak saya ajak mereka buat persembahan memandangkan permintaan peminat untuk melihat saya bergabung dengan bekas anggota asal sangat tinggi," jelasnya.

'Lan Solo Next Level Showcase' akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur. Orang ramai yang mahu menyaksikan showcase ini boleh mendapatkan tiket yang mula dijual pada harga RM 88 hingga RM 149 di talian 01116996610 dan ikuti Facebook Lan Solo untuk maklumat lanjut.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Berita Harian & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: