19 December 2018

'KOMEN MANJA' - NETIZEN SPEKULASI ANDI BERNADEE & FATIN AFEFFA 'JALIN CINTA'


Menerusi kemas kini terbaharu Instagram, penyanyi yang juga peserta program 'Big Stage' iaitu Andi Bernadee telah memuatnaik entri seolah-olah memberikan bayangan sedang mengikat janji dengan seseorang.





"Bebi, janji kita apa bebi?" tulis penyanyi yang popular menerusi lagu 'Satu Peluang' itu.

Bukan sekadar entri biasa apabila pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa turut membalas kapsyen terbabit dengan komen yang mencurigakan: "Ingat! Janji kita... Selamanya".

Klik untuk gambar besar


Malah, pasangan itu saling berbalas komen antara satu sama lain: "Kenapa lambat reply? You keluar dengan perempuan mana?" tulis Afeefa - "I dont text and drive, so yeah I park kereta kejap kat tepi jalan semata benda ni," balas Andi.

Manakala, Andi juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen hampir di semua foto terbaharu Afeefa.

Saling berbalas komen manja di laman Instagram, netizen mula membuat spekulasi Fatin dan Andi sedang menjalinkan hubungan istimewa.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: