19 December 2018

DEDAH TEMUI PAKAR - ALYAH TUNDA DAHULU HASRAT JALANI IVF


"Saya ada pergi menemui pakar perubatan sekitar awal tahun ini untuk menjalani rawatan IVF. Oleh kerana jadual seni yang padat berserta kontrak yang telah ditandatangan, saya tunda dahulu hasrat itu. Datuk (Ramli) sudah mempunyai dua anak dan dia tidak pernah memberikan tekanan kepada saya.





"Cuma sebagai isteri dan wanita, saya ingin mempunyai cahaya mata," kata penyanyi Datin Alyah, 37, mendedahkan telah menemui pakar perubatan untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekitar awal tahun ini.

Pelantun lagu 'Jutaan Purnama' itu bagaimanapun menundakan hasrat untuk meneruskan rawatan berikutan jadual seni yang padat.

Menurut Alyah, setelah lima tahun mendirikan rumah tangga dia tidak dapat menafikan perasaan ingin bergelar ibu semakin menebal, biarpun suami tidak pernah memberikan sebarang tekanan.

Klik untuk gambar besar


Kongsi isteri kepada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli M.S, 60, itu lagi, dia bercadang untuk memperlahankan kerjaya seninya pada tahun depan untuk memberi fokus terhadap usaha mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan IVF.

"Dalam rawatan terdahulu, doktor telah memaklumkan untuk memastikan rawatan IVF saya berjaya, saya tidak boleh terlalu aktif dalam tempoh kira-kira setahun. Saya perlu melakukan persediaan rapi sebelum melalui siri rawatan tersebut," jelasnya.

Untuk makluman, Alyah dan Ramli telah lima tahun bergelar suami isteri setelah mendirikan rumah tangga sekitar Mac tahun 2013. Pasangan dengan jarak usia 23 tahun itu pernah menimbulkan kontroversi kerana merahsiakan hubungan mereka.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: