20 December 2018

GAGAL KEMUKA IC KEPADA MAHKAMAH: "TAK BAWA SEBAB......" - SAJAT


Ketika dipanggil mahkamah untuk dibaca pertuduhan, usahawan terkenal, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzaman, 33, gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya.





"Saya tidak bawa ic (MyKad) sebab baru balik dari luar negara," katanya ketika hadir ke mahkamah semalam bagi pendakwaan gagal membayar cukai di mahkamah Shah Alam.

Dalam laporan sinar Harian, Sajat kelihatan mencari sesuatu di dalam beg tangannya ketika mahkamah memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Klik untuki gambar besar


Bagaimanapun prosiding tetap diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan Sajat kepada mahkamah. Terdahulu Sajat mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST, empat tahun lalu..

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa. Dalam prosiding itu Sajat menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.




www.myartis.com / Sumber & foto: Sinar Harian & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: