20 December 2018

SUAMI ELVINA AKUI MASALAH ITU CIPTANYA, HANYA SALAH FAHAM


"Isteri saya dan wanita itu tidak salah dan yang salah adalah saya kerana tidak menerangkan betul-betul perkara yang berlaku. Selepas kes ini kecoh di media, saya ada menghubungi pihak wanita itu untuk menjernihkan ketegangan.





"Tetapi bila kawan-kawannya mendesak, mengeluarkan kenyataan yang bodoh, membakar lagi sentimen membenci antara kami. Isteri saya sudah menerima permohonan maaf saya kerana masalah ini saya yang cipta. Ya, saya ada DM (direct message) dengan wanita itu dan boss dia juga kenalan saya.

"Rumusannya, saya mudah rapat dan mesra dengan sesiapa pun," jelas suami kepada pelakon Datin Elvina Mohamad iaitu Datuk Haniff Borhan dalam satu kenyataan di Facebook miliknya semalam, mengakui dakwaan wujudnya pihak ketiga dalam perkahwinan mereka adalah kerana kesalahannya sendiri.

Katanya, isu ini adalah bersifat salah faham antara dua pihak. Hanif mendakwa, pada awal dia beranggapan wanita itu mendengar permohonan mereka untuk berdiam diri supaya situasi jadi reda kerana yakin masalah yang timbul akan selesai selepas bertenang.

Klik untuk gambar besar


Menerusi perkongsian usahawan muda itu, beliau mengakui pernah menghubungi wanita itu melalui laman sosial untuk berbincang mengenai skim insurans untuk anak mereka, Karl Marteen. Bagaimanapun, perbualan itu disalah erti apabila wanita itu menghantar tanda berbentuk 'LOVE' kepada Haniff.

Haniff turut mendedahkan perbualan mereka bermula bila wanita itu memuatnaik status menjual insurans kepada umum. Selepas berborak, beliau menghantar gambar anaknya yang baru lahir dan wanita itu pun membalas dengan emotikon 'LOVE'.

"LOVE itu ditujukan kepada anak saya kerana dia comel dan wanita itu berhasrat mahu menjaga berkenaan insurans Karl Mateen," jelas Hanif panjang lebar.

Sebelum ini, Elvina Mohamad dipercayai mengamuk apabila wujud dakwaan pihak ketiga dalam rumah tangga mereka. Pelakon drama 'Isteri Untuk Diiktiraf' itu mendakwa, isu bermula apabila wanita dikenali sebagai Fify Razak dipercayai cuba merampas suaminya.



Elvina yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama pada 1 Disember lalu memuatnaik status berkenaan di InstaStory miliknya, semalam.

Manakala dalam InstaStory terbaru Elvina semalam, pelakon itu menafikan dakwaan sengaja mencari publisiti sebaliknya tindakannya itu untuk memberitahu tindakan wanita itu adalah salah.

Malah ia juga sebagai peringatan kepada wanita lain di luar sana agar jangan memberi alasan kerana setiap tindakan salah dilakukan pasti ada kesan kepada orang sekeliling.

Terdahulu, wanita terdahulu mendedahkan, ada menghubungi Haniff untuk meminta penjelasan. Menurut Fify, dengan ringkas Haniff memberitahu isterinya bertindak demikian kerana meroyan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: