20 December 2018

KAPSYEN & FOTO DIKAFANKAN - JOHAN AS'ARI BUAT PENGIKUTNYA TERSENTUH


Pelakon Johan As'ari menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya sedang dikafankan.





Tidak dapat dipastikan sama ada foto terbabit merupakan sedutan adegan drama yang sedang dilakonkan oleh Johan atau diambil ketika Johan sedang menghadiri kursus pengendalian jenazah.

Namun begitu, perkongsian Johan yang mula dikenali sebagai seorang pelakon semenjak tahun 2010 dan masih aktif sehingga kini itu menerusi ruangan kapsyen telah menyentuh hati peminat dan pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang ada di alam sana ya sobat-sobat ku. Terima kasih kepada yang sudi menghantarkan aku kepadaNya baik yang memimpin, yang memandikan, yang mengkafankan, yang sembahyangkan jenazah ku kelak, yang akan memasukkan diri ku ke liang lahad, yang bakal membimbing ku di saat-saat akhir, mahupun yang mendoakan..

"Tamat sudah peranan ku. Sehingga kita berjumpa lagi, moga-moga di firdausi. Andai bila di syurga nanti tiada aku di sana biarlah diri ini mensucikan dosa," tulis Johan.

Rata-rata peminat turut berdoa agar pengakhiran hidup mereka ketika dijemput oleh Allah kelak akan dipemudahkan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Johan As'ari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: