20 December 2018

IMEJNYA TERKINI - LAN SOLO AKUI 'MAT ROCK' TIDAK SUKAI


"Apa yang saya nampak selepas setahun saya bergerak solo, 85 peratus peminat masih kekal dan tidak dinafikan penampilan saya begini tidak disukai oleh 'mat rock' (peminat rock). Tapi mereka tidak tahu mengapa saya perlu berimej begini.





"Buat masa sekarang saya perlu bawa imej Lan Solo agar mereka dapat bezakan saya yang dulu dan sekarang," ujar bekas vokalis kumpulan Kristal iaitu Lan Solo yang berkata ada segelintir peminat yang tidak suka dengan penampilan baharunya selepas dia bergerak secara solo.

Lan atau nama sebenarnya Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata, imejnya kini tidak digemari oleh peminat-peminat genre rock seperti yang dibawanya dahulu.

Mengenai perkembangan terbaru, Lan bakal beraksi dengan bekas ahli kumpulan Kristal. Menerusi persembahan 'Lan Solo Next Level Showcase' yang bakal diadakan pada 2 Mac depan di Malaysia Tourism Centre (MatiC), Lan bakal bergabung dengan bekas ahli kumpulan Kristal yang lain iaitu Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: