20 December 2018

NOH SALLEH: "KALAU BUKAN TAKDIR MENIKMATINYA (ZURIAT), KAMI BERSYUKUR"


Biarpun tidak dikurniakan zuriat, penyanyi Noh Salleh berkata yang dia masih bersyukur atas nikmat yang Allah berikan dalam rumah tangganya yang dibina bersama Mizz Nina.





Vokalis kumpulan 'Hujan' itu yakin nikmat untuk dianugerahkan rezeki cahaya mata adalah keputusan Allah.

"Kalau nak cerita soal anak itu keputusan Allah. Kalau nikmat ada anak tu milik kami, nanti-nanti (kemudian) Dia bagi. Kalau dah bukan takdir kami menikmatnya, kami masih bersyukur," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, Noh dan isterinya kini aktif dalam misi kemanusiaan itu kini berada di Syria selama dua minggu. Noh berkata, dia menyedari misi kemanusiaan itu juga umpama bulan madu buat dia dan isterinya itu.

"Saya sedar, ini rupa-rupanya trip honeymoon kami suami isteri sekarang. Ambil masa dua minggu untuk berkepit sama-sama buat kerja amal keliling dunia.

"Apa lagi nikmat dunia yang tuhan tak bagi lagi? Yang penting give back and be happy," ujar Noh, 33, yang bernikah dengan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 38, pada 1 Julai 2011.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: