20 December 2018

TERKILAN ANAK KURANG 'MESRA' - HAFIDZ BELAJAR DARI PENGALAMAN


Terlalu sibuk dengan lakonan sehinggakan anaknya sendiri pun hilang kemesraan dengannya, pelakon Hafidz Roshdi, 24, memberitahu yang dia ingin memberikan lebih perhatian kepada keluarga, memperlahankan karier seninya dan belajar daripada pengalaman sebelum ini.





"Sebelum ini, saya pernah menjalani penggambaran di Kedah selama sebulan. Memang sepanjang sebulan itu, saya fokus kepada kerja saya semata-mata.

"Kerana terlalu bekerja kuat, saya hilang masa berkualiti untuk keluarga dan lebih membuatkan saya terkilan adalah apabila anak saya sendiri pun jadi kurang mesra dengan saya apabila saya pulang ke rumah," katanya.

Tambah pelakon drama 'Cinta Tiada Ganti' itu lagi, dia masih akan terus berlakon seperti biasa, namun, akan membahagikan masa dengan baik untuk keluarga.

"Saya ada juga menerima tawaran untuk berlakon dalam drama 100 episod, dan pada masa sama, saya dapat luangkan masa dengan keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, tidaklah timbul kerisauan sekiranya ada yang bertanya sama ada saya tak ada tawaran lakonan dan sebagainya apabila saya ingin memperlahankan karier seni," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tahu dan yakin bahawa rezeki seseorang itu sudah disusun dengan baik oleh Allah.

"Jadi, sebagai manusia, sesibuk mana pun kita, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah kerana dia yang menyusun segala rezeki kita," tuturnya.

Menjelang 2019, Hafidz bakal menyusun atur strategi untuk menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: