20 December 2018

IDRIS KHAN LAMAR KEKASIH MAGHRIBI DI ISTANA GYEONGBOKGUNG


"Sanaa jenis tak suka membazir. Dari awal lagi dia cakap tak nak majlis bertunang, nak terus nikah saja. Sebolehnya dia nak berjimat. Disebabkan itu, saya rancang untuk melamarnya sekali gus memberikannya kejutan.





"Sekurang-kurangnya ada juga momen manis yang boleh diingati sebelum kami melangsungkan pernikahan nanti. Simboliknya, lamaran itu dibuat dalam kawasan istana di mana raja-raja pernah berkahwin. Bagi saya, ini sesuatu yang sangat bermakna untuk kami.

"Saya dapat lihat matanya berkaca apabila dilamar," kata pelakon Idris Khan yang melamar kekasihnya, Sanaa Jeljalane, 27, berlatar belakangkan istana lama, Istana Gyeongbokgung dan Gunung Bugaksan di Korea Selatan, Isnin lalu.

Idris, 30, atau nama penuhnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan berkata, ia adalah kejutan buat wanita berasal Maghribi itu sekali gus bakal menjadi memori indah mereka sebelum bergelar suami isteri.

Klik untuk gambar besar


Menurut Idris yang menyerahkan cincin bertatahkan berlian, ahli keluarga sudah dimaklumkan perkara itu dan mereka akan berbincang sekali lagi tarikh perkahwinan selepas dua kali tertunda.

Idris juga belum memutuskan sama ada akan melangsungkan pernikahan di kampung halaman kekasihnya atau di Malaysia.

"Selepas melamar kekasih di sana, saya terus maklumkan keluarga. Memandangkan saya baru sampai ke tanah air semalam, jadi baru kami boleh duduk berbincang mengenai majlis pernikahan.



"Macam dikatakan, kami akan terus nikah. Kalau ikutkan saya merancang nak buat tahun depan. Saya berharap majlis kali ini menjadi kenyataan selepas ditunda dua kali.

"Majlis nikah akan diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan kenalan rapat kedua belah pihak saja. Bagaimanapun, saya tetap akan uar-uarkan kepada rakan media sekiranya sudah ada sebarang ketetapan mengenai majlis ini," tuturnya.

Mengikut perancangan, Idris dan Sanaa sepatutnya berkahwin pada 20 Januari lalu, namun terpaksa ditunda disebabkan kakak bakal isterinya baru bersalin. Kemudian, Idris menunda perancangan itu pada hujung tahun ini.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: