19 December 2018

TAK SELALU BERLAKON DRAMA - AMMAR ALFIAN DEDAH PUNCANYA


Pelakon Ammar Alfian menerusi laman Instagram miliknya itu meluahkan drama-drama Melayu yang bersiaran di stesen televisyen ketika ini hanya memainkan isu yang lebih kurang sama seperti suami curang, suami dirampas orang ketiga, ibu mertua jahat dan beberapa lagi kisah rumah tangga yang serupa saja.





Kenyataan Ammar itu sedikit sebanyak memberi gambaran tentang industri drama tanah air. Bagi Ammar, tawaran watak yang boleh diibaratkan sebagai klise membuatkan dia tidak berminat dan menyebabkan dia kurang muncul di drama-drama televisyen.

Ada betulnya juga namun bukankah drama-drama sebegini juga hadir atas kehendak penonton? Kehadiran Ammar yang membintangi filem 'Paskal' baru-baru ini turut meninggalkan kesan buat peminat yang merindui pelakon ini untuk kembali menghiasi drama bersiri.

Apa yang pasti, jika sampai masa dan kena wataknya nanti, tidak mustahil pelakon yang pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini mampu kembali menyinar.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: