19 December 2018

GAGAL BAYAR CUKAI, KEMUKA PENYATA GST - SAJAT DIDENDA RM2,700


Nama usahawan Nur sajat yang baru saja pulang dari Thailand itu telah tersenarai dalam kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam apabila gagal membayar cukai.





Penyanyi lagu 'Bobo Dimana' itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.25 pagi tadi dengan memakai baju berwarna merah.

Dalam prosiding itu, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Akibat gagal mengemukakan penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST), ahli perniagaan kontroversi itu didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Klik untuk gambar besar


Sajat mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Rofiah Mohamad. Rofiah turut memerintahkan tertuduh berusia 35 tahun itu dipenjara selama enam minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa. Bagaimanapun setakat ini Sajat masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Terdahulu Sajat yang terbang ke Thailand menyaksikan Miss Universe 2018, turut membawa beberapa pekerjanya untuk mendapat 'wajah baru' atau membuat hidung sempena hadiah tahun baru. Namun, tindakannya itu menerima kritikan.




www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: