19 December 2018

FOTO 'PELUK' ZAHIRAH - ZIZAN DIMINTA JAGA HATI MIRA FILZAH


Menerusi laman Instagram, pelawak dan pelakon Zizan Razak telah berkongsi gambar bersama pelakon Zahirah Macwilson dan perkara itu menimbulkan perbalahan diantara pengikutnya.





Peminat pelakon filem 'Polis Evo 2' itu berharap agar dia lebih berhati-hati dalam menjaga batas sesama artis wanita yang lain.

Ada diantara pengikutnya berharap agar Zizan dapat menjaga hati pelakon Mira Filzah memandangkan mereka kini didakwa sedang menjalinkan hubungan percintaan.

Klik untuk gambar besar


"Keakraban kami terserlah disini oleh kerana dari lensa ZEISS BATIS dan kesan camera SONY yang sungguh luar biasa," tulisnya.

Rata-rata mengakui tidak selesa dengan gambar yang dikongsikan oleh Zizan dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini ketika berkongsi gambar di media sosial.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: