17 December 2018

"BERHARGA & MENGINSAFKAN" - ZARUL UMBRELLA KINI SEMAKIN PULIH


Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Zarul Husin telah meluahkan rasa syukur apabila kecederaan retak pada tulang tapak kaki kiri selepas terjatuh dari motosikal ketika penggambaran drama 'Cekelat Honey' semakin pulih.





Menerusi entri di Instagram (IG), Zarul menjelaskan pengalaman kecederaan yang diperolehi itu sangat berharga dan menginsafkan dirinya.

"Tulang jari kaki retak after 2 months. Alhamdulillah pengalaman yang berharga dan menginsafkan. Alhamdulillah sekarang dah pulih. #zarulhusin #zarulumbrella #zaruliansfc #zhent #indigitalmusic #nadcsentertainment #Remuk #Ramalankubenarbelaka #JanganPernah #SatuRasa #cekelathoney #sambalbawangbilisaichik," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata peminat melahirkan rasa syukur selepas kecederaan yang dihadapi oleh Zarul semakin pulih dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini.

Ada juga yang manasihatkan Zarul supaya tidak melakukan aktiviti lasak buat sementara waktu walaupun tulang tapak kakinya sudah sembuh.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarul Umbrella


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: