17 December 2018

ELFIRA & TUNANG BERCUTI BERSAMA 'BRIDEMAIDS', 'DULANG BOYS' DI CHINA


Pada tanggal 1 Januari 2019, merupakan tarikh dimana pelakon Elfira Loy dan tunangnya, Faris K Anuar bakal disatukan sebagai suami isteri.





Bagi meniti hari bahagia mereka itu, Elfira dan tunangnya baru-baru ini sempat bercuti bersama ke Tianjin, China.

Tidak hanya bercuti berdua sahaja, ia turut disertai oleh pengapit pihak perempuan dan lelaki, 'bridesmaids' dan 'dulang boys'.

Klik untuk gambar besar


Mereka cukup seronok sekali meluangkan masa bersama dan mengabdikan momen indah sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Rata-rata netizen juga tidak henti memuji betapa sepadannya pasangan ini dan mendoakan agar mereka sentiasa bahagia.

Untuk makluman, Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dalam sebuah majlis tertutup.












www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: