10 December 2018

BILA SUFIAN RINDU KE 'MALL' TANPA BERSIAP & 'PRIVASI'


Semua mengetahui bukan mudah untuk bergelar selebriti, setiap perkara mengenai selebriti itu pasti akan menjadi perhatian. Apa yang disukai, apa yang tidak di sukai, pasti peminat ingin tahu.





Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan beberapa perkara mengenai dirinya yang ramai tidak tahu.

Menurut Sufian, di waktu lapang dia lebih suka menghabiskan masa dengan memasak, bermain gitar, membaca buku atau majalah motivasi.

Ujarnya lagi, jika berdepan dengan kesedihan dia akan keluar memandu kereta sambil mendengar lagu sedih atau berjumpa rakan-rakan.

Sufian turut memberitahu, dia rindu untuk keluar tanpa perlu bersiap dan lebih privasi tanpa jadi perhatian.

Klik untuk gambar besar


Tapi setelah bergelar selebriti, Sufian berkata mengambil masa yang lama untuk bersiap dan perlu kelihatan elok memandangkan peminat sentiasa mahu bergambar dengannya.

"Saya rindu nak keluar ke mall tanpa bersiap dan tak jadi perhatian sesiapa, lebih privasi. Biasanya orang nak ambil gambar dan kita kena sentiasa look good, sebab tu kena bersiap dan saya tak berapa gemar ambil masa hanya untuk bersiap," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sufian meluahkan rasa syukur dengan sambutan baik lagu 'Di Matamu' di Indonesia gandingannya bersama SHIMA.

Dalam pada itu, lagu 'Di Matamu' layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) dan akan bertanding dengan 11 buah lagu terbaik yang lain.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: