10 December 2018

FOUZIAH GOUS: "KALAU BAIK TAK PAKAI CAM NI, USAHA JADI LEBIH BAIK"


Menganggap teguran netizen mengenai cara dia berpakaian di ruangan komen Instagram miliknya bukan cara yang baik, pelakon Fouziah Gous berkata, perkara itu secara tidak langsung akan menghasut orang lain untuk turut berfikiran negatif.





"Biar kita jadi manusia yang sentiasa rendah diri, tidak sempurna daripada jadi manusia yang rasa diri sudah cukup baik. Aku tegur kerana Allah, aku tegur untuk kebaikan! Ya betul tapi sedarkah anda, ia menghasut fikiran orang secara tidak langsung.

"Kalau kerana Allah, doakanlah kesempurnaan seseorang bukan untuk saya tetapi kita semua. Tegur atau ingatkan sesama kita bukan melalui publik," ujarnya di laman Instagram yang mengakui sedang berubah menjadi insan lebih baik.

Sebelum ini, sebuah foto yang dimuatnaik pelakon ini mendapat komen negatif netizen yang menganggap ia tidak sesuai dengan imejnya yang kini sudah bertudung dan bergelar hajah.

Bagaimanapun, Fouziah bertindak memadam foto berkenaan bagi mengelakkan komen-komen negatif berkenaan. Menjelaskan hal itu, dia mengakui kadang-kala tidak sedar gaya dalam gambar tersebut memperlihatkan bahagian yang ketat.

Klik untuk gambar besar


"Kadang-kadang tak sedar bila kita ambil gambar nampak lain sebab cahaya, warna, fabrik, sisi, bayang dan cara berdiri silang kaki atau macam-macam. Jadi nampaklah segala ketat itu ini, padahal jeans yang saya pakai ini normal dan high waist," ujarnya.

Dalam pada itu, Fouziah mengakui sebagai manusia biasa, dia juga berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Kalau saya ni baik tak pakai macam ni, dah terang-terang manusia yang jauh ketinggalan tetapi berusaha dan merangkak untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

"Saya ni sibuk tak sempat baca komen, jadi janganlah sangka saya baca dan buat tak tahu dengan komen semua atau bersikap keras kepala," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: