10 December 2018

"SANGGUP JADI ORANG TENGAH" - RITA TUNGGU AIDIL KEMBALI KE SISI ANAK-ANAK


"Kalau dulu mungkin kami hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Tetapi sekarang ni, kami sudah semakin matang dan faham apa kehendak anak-anak yang semakin membesar.





"Senang cerita, kami sentiasa bersedia menunggu kehadiran Aidil untuk kembali ke sisi anak-anak. Dalam usia sekarang, anak-anak perlukan ayah mereka.

"Jika dahulu saya tak kisah sangat kerana anak-anak masih kecil tak faham sangat. Tetapi sekarang ini, saya sendiri kena berlaku adil kepada anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang seorang ayah.

"Saya sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Rita akui ada pihak yang tidak senang hati dan 'panas' sekiranya beliau berbaik semula dengan Aidil demi anak-anak mereka," demikian kata pelakon Rita Rudaini yang tidak pernah menanam rasa benci dalam diri anak-anak terhadap bapa mereka yang merupakan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu mengharap satu hari nanti bekas suaminya itu akan kembali ke sisi anak-anak kerana mereka perlukan kasih sayang seorang ayah.

Perceraian tidak dinafikan akan memberikan impak besar terhadap anak-anak, apatah lagi perpisahan Rita dan Aidil mempunyai pelbagai isu dan kontroversi.



Terdahulu, Rita akui ada pihak yang tidak senang hati dan 'panas' sekiranya beliau berbaik semula dengan Aidil demi anak-anak mereka.

Walaupun mempunyai halangan, Rita tidak akan putus asa untuk mempertemukan serta mendekatkan silaturahim antara Aidil dan anak-anak mereka.

Tidak mungkin seorang bapa begitu mudah melupakan anak-anaknya kan? Kami juga mendoakan agar pertemuan ini akan berlaku satu hari nanti. Air yang dicencang tidak akan putus.








www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: