04 December 2018

BILA SUSU FORMULA ANAK SHARNAAZ JADI 'PERBALAHAN'


Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila baru-baru ini telah berkongsikan gambar susu formula dengan niat untuk bertanyakan kepada netizen lokasi untuk mendapatkannya.





Penyudahnya, Nabila berjaya mendapatkan bekalan susu tersebut (terus beli sekali 5 tin) namun bagi sesetengah netizen, perkara tersebut menjadi perbalahan pula kerana terdapat perbezaan pendapat.

Perkara tersebut yang kemudiannya dikongsikan di laman Twitter membuatkan ramai memberi tanggapan berbeza di atas perkongsian Nabila tersebut.

Klik untuk gambar besar


Selain ada menyifatkan bahawa susu formula adalah sampah, ada juga yang berbangga kerana tidak perlu berhabis duit kerana mereka menyusukan badan.

Maklumlah di laman sosial ini, semua orang mahu merasakan diri mereka lebih bagus daripada orang lain tanpa memahami satu-satu situasi dengan lebih mendalam. Padahal, perkongsian Nabila hanyalah untuk mendapatkan bekalan secukupnya untuk anak tersayang.

Apa yang pasti, ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak. Janganlah kita sibuk sangat mahu menilai orang bukan?










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: