04 December 2018

"CIUM HAJARUL ASWAD, SAYA DIUJI... WHEEL CHAIR KENA CURI" - IQA MENTOR 5


Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan bekas peserta program Mentor musim kelima, Iqanasra atau Iqa mengalami masalah tulang belakang sejak beberapa tahun lalu.





Iqa yang kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah itu baru-baru ini telah berkongsi kisahnya dimana dirinya kehilangan kerusi roda, sewaktu mahu mencium hajarul aswad.

Perkongsian yang dibuat Iqa menerusi Instagram itu bagaimanapun mengakui dirinya sedang diuji dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Share sikit, dalam gembira dapat cium Hajarul Aswad, saya diuji. Wheel Chair saya kena curi. Walaupun sudah dikunci dengan mangga. Sedih, tapi fikir balik rezeki orang lain kot.

"Mungkin Allah nak suruh saya banyak berjalan kat sini. Sebab hotel saya agak jauh sikit. Saya cepat letih dan kaki pun tah berapa nak tahan.

"Tapi saya fikir, mungkin Allah nak bagi pahala lebih kat saya. Suruh lagi saya gandakan pahala jalan kaki ke masjid," tulis Iqa.

Bagaimanapun, bekas protege kepada Edry abdul Halim ini juga memberitahu akhirnya dia berjaya selesaikan tiga kali tawaf dan saei.

"Alhamdulillah, selesai juga tiga kali tawaf dan saei tanpa kerusi roda. Tah tahu nak cakap semangat dia bila kat sini lain macam. Kuat semacam.

"Satu hari ulang alik hotel dua tiga kali pun tak apa. Seronok. Doa dan zikir banyak-banyak InsyaAllah semuanya mudah," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Instagram Iqa Mentor 5


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: