Kita semua akan rasa takut jika ada 'stalker' yang obses dan mengganggu kehidupan kita dan perkara tersebut itulah juga yang dirasakan oleh penyanyi Hafiz Hamidun.

Hafiz menerusi laman sosialnya mendedahkan dia diganggu seorang gadis misteri dan lebih menyeramkan, gadis itu pernah mimpikan Hafiz tetapi situasi didalam mimpi itu sangat menakutkan dan merepek.
Rata-rata netizen juga turut merasa seram dengan apa yang berlaku dan meminta Hafiz untuk lebih berhati-hati. Buat sahaja laporan polis untuk mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku.
Klik untuk gambar besar

Difahamkan, gadis itu sudah lama lari dari rumah dan ini bukan kali pertama beliau memuatnaik sesuatu yang pelik.
Apa-apa pun, lebih baik Hafiz mengambil langkah untuk berjaga-jaga dan tidak mencampuri urusan individu itu bersama keluarganya. Memanglah kasihan tetapi fikirkan juga keselamatan diri.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment