04 December 2018

SERING DITANYA SOAL JODOH - ZARINA AF2 BERI JAWAPAN 'WIN'


Menerusi laman Instagram, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) yang semakin aktif berlakon iaitu Zarina Zainoordin seolah memberi amaran pada seseorang yang mempersoalkan jodohnya.





Merujuk pada status terbarunya tersebut, Zarina menyatakan hanya ada seorang individu sahaja yang boleh tegur pasal jodohnya iaitu ibunya sendiri.

"Aku kahwin ke aku lambat kahwin ke yang boleh bersuara mak aku je, yang lain pegi jaga hal kau sendiri faham... love you," katanya bersama satu foto yang dimuat naik pada status yang sama.

Nyata, status Zarina itu turut menarik perhatian netizen dikenali sebagai @rozita2809 yang memberi kata sokongan pada pelakon itu: "Biarlah dik. Apa orang nak kata, janji kau happy kan".

Begitu juga dengan netizen menggunakan nama @izanshah81 yang berpandangan selebriti itu tetap nampak hebat.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: