19 December 2018

DADAH JENIS GANJA THC - POLIS (SAKSI) SAHKAN FARID KAMIL POSITIF


Semalam, keputusan awal ujian saringan air kencing pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil dimaklumkan oleh seorang pegawai polis dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, adalah positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.





Inspektor Mohd Faizal Abdullah yang merupakan saksi pertama pendakwaan itu berkata proses ujian awal saringan air kencing itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 11 Januari 2018 iaitu pada hari sama insiden pelakon itu didakwa menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

"Tangkapan itu dibuat terhadap Farid yang membuat kecoh dan kekacauan di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara dan saya diberi arahan untuk melakukan ujian saringan awal air kencing terhadap tertuduh”

"Saya menjalankan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak," katanya.

Klik untuk gambar besar


Farid juga dikatakan menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan tertuduh berpuas hati dengan prosedur pungutan air kencing yang dijalankan.

Pada 25 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menggunakan THC, yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4.30 petang, tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: