19 December 2018

HANIFF: "SORRY, ISTERI SAYA MEROYAN" - ELVINA: "BUKAN FITNAH ATAU MEROYAN"


Baru-baru ini, kecoh apabila pelakon Datin Elvina Mohamad memuatnaik foto wanita terbabit di laman InstaStories dan mendakwa rumah tangganya kini sedang diganggu wanita lain.





Wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangga pelakon drama bersiri 'Isteri Untuk Diiktiraf' itu dan suami, Datuk Haniff Borhan, Fify Razak akan mengambil tindakan undang-undang.

Kata Fify, pihaknya telah berunding dengan peguam dan tindakan undang-undang akan diambil kerana menjatuhkan air mukanya.

"Setelah berunding dengan pihak peguam, saya akan buat laporan polis dan bawa kes ke mahkamah atas kes defamation, menjatuhkan air muka, fitnah tanpa usul. Saya akan pastikan hak saya sebagai seorang wanita teraniaya dan tidak akan mengambil ringan kes ini.

"Saya serahkan kepada pihak berkuasa dan Allah kerana demi-Nya, saya tidak melakukan apa-apa salah, jauh sekali merosakkan hubungan perkahwinan," tulisnya menerusi ruangan Instastories.

Klik untuk gambar besar


Jelas Fify, dia enggan terpalit dengan kontroversi murahan membabitkan dunia hiburan hingga mencalarkan imejnya.

"Saya tidak mahu terpalit dengan publisiti murahan seorang artis dan netizen menghukum saya kerana status dan darjat tanpa soal selidik.

"Saya harap dengan pencerahan ini, Elvina dapat membuat susulan dengan pihak media kerana saya ada segala bukti perbualan dan saya percaya, berani kerana benar, bukan untuk naikkan publisiti murahan ataupun menggunakan alasan meroyan," tambahnya.

Dalam siri entri sama, wanita tersebut mendedahkan telah menghubungi suami Elvina, Haniff untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan itu.



"Saya telah menghubungi Haniff Borhan melalui kawan saya dan bertanya tentang isu ini. Yang hanya mampu dia reply adalah 'sorry, isteri saya meroyan'.

"Saya tidak boleh menerima alasan itu kerana air muka saya dan keluarga tercemar kerana tuduhan liar ini. Saya juga telah cuba menghubungi Elvina melalui DM namun dia terus menuduh dan fitnah saya walaupun saya cuba berunding cara baik," katanya.

Menerangkan lebih lanjut hubungannya dengan Haniff, jelas Fify lagi mereka pernah berjumpa hanya dua kali sebagai batas pelanggan dan agen.

Fify merupakan seorang pekerja di salah satu syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur dan merupakan seorang agen insurans. Dalam kemas kini terbaharu, Fify turut memuatnaik bukti perbualannya dengan Haniff.



Malah, sempat menasihati Haniff agar berurusan dengan agen lelaki sahaja pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Dalam pada itu, Elvina tampil mengatakan dia tidak menyalahkan sebelah pihak ekoran kemelut yang melanda rumah tangganya dan seorang wanita. Jelas Elvina, alasan kerjaya sebagai agen insurans sekadar permulaan untuk 'menggatal' dengan suaminya.

"It's not fitnah or meroyan. Insurance just to start a conversation je and the rest is menggatal right. Saya tak salahkan sebelah pihak, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tapi pihak sana tak perlu nak deny and act like you tak bersalah langsung.

"Talk about insurance perlu ada 'love love' ya?" tulis Elvina yang bernikah dengan Haniff pada 18 Mac lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember lalu, menerusi InstaStories pagi tadi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: