18 December 2018

ELVINA: "TAKDA LELAKI BUJANG SAMPAI KACAU HUSBAND ORANG"


Baru sahaja menimang cahaya mata sulung, pelakon Datin Elvina Mohamad menerusi InstaStory miliknya, telah memuatnaik entri serta gambar seorang wanita yang dikenali, Fify Razak, yang seolah memberikan bayangan rumah tangganya kini bergolak.





Dalam entri tersebut, jelas menunjukkan Elvina sedang berang apabila memberi kata-kata sindiran di beberapa gambar wanita itu yang dipercayai menjadi orang ketiga kepada satu pasangan dan ia jelas menunjukkan Elvina sedang berang.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut dari Elvina mengenai status rumah tangganya. Diharap Elvina dapat menyelesaikan hal ini dengan baik agar tiada pergaduhan berlaku.

Terdahulu Elvina telah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac lalu. Hasil perkahwinan yang dibina pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Karl Mateen pada 1 Disember lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: