18 December 2018

UQASHA BAKAL TUNAI UMRAH, MAHU DOA JODOH DEPAN KAABAH


"Agak gementar juga tetapi gembira pada sama sama. Jujurnya, Mama yang kuatkan semangat dan keyakinan saya untuk ke sana. Yelah, kita semua bukanlah sempurna.





"Apapun, saya berdoa agar semuanya dipermudahkan, insyaAllah," kata pelakon Uqasha Senrose yang mengakui gementar namun dalam masa yang sama gembira untuk pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Uqasha bakal menunaikan ibadah umrah bersama keluarga dan dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose pada 26 Disember ini.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu di hadapan Kaabah nanti dia mahu berdoa agar menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya dan dipertemukan dengan jodoh serta pasangan yang baik.

Klik untuk gambar besar


"Saya mahu berdoa semoga dipertemukan jodoh dan menjadi insan yang lebih baik di depan Kaabah nanti. Sebenarnya, sudah banyak kali mama mengajak saya untuk buat umrah tetapi saya tidak bersedia sebelum ini.

"Pelbagai perasaan berbaur antaranya takut dan gementar tapi saya kuatkan hati kerana ibadah umrah bukannya berat seperti ibadah haji.

"Berkat sokongan keluarga, akhirnya hati saya terbuka untuk menunaikan ibadah umrah ini dan semoga ia dipermudahkan di sana nanti." tuturnya.



Sudah menjadi kebiasaan dan harapan ramai jika seseorang itu pulang dari Tanah Suci mereka haruslah tampil dengan imej baru yang lebih sopan dan bertudung. Bila ditanya soal itu, Uqasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya tahu peminat akan jangka yang macam macam bila saya buat ibadah umrah tetapi saya mahu fokus pada ibadah dan tidak mahu memikirkan perkara itu kerana doa saya untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini," ujarnya.

Apa-apapun, semoga Uqasha sekeluarga selamat pergi dan balik serta dipermudahkan dalam segala urusan untuk menunaikan ibadah umrah.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: