18 December 2018

TAYANG 'KEKASIH BARU' - TIZ ZAQYAH DAH NAK KAHWIN?


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon drama 'Isteri Bukan Untuk Disewa', Tiz Zaqyah telah mencetuskan teka-teki apabila memuatnaik sekeping foto bersama seorang jejaka kacak.





Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status jejaka berkenaan namun ramai dalam kalangan peminatnya menebak jejaka berkenaan individu istimewa bagi Tiz.

Jejaka yang dikenali sebagai Syed Hafiz itu juga turut meninggalkan komen di laman Instagram Tiz dan memanggilnya 'bb'.

Bagi menguatkan lagi andaian, ada antara teman rapat Tiz yang bertanyakan tarikh (untuk hari bahagia) pasangan itu disatukan.

Klik untuk gambar besar


"Sweet couple... I nak tempah baju ni. Tarikh dah ada ke?" soal teman rapat Tiz, Liza Abdul. - Ringkas Tiz menjawab: "Ya, udah sis."

Selain itu, kebanyakan komen yang ditulis rakan artis dan peminat Tiz, rata-ratanya mendoakan pasangan merpati dua sejoli itu disatukan: "Congratulation in advance Tiz and Syed Hafiz! "

Selain itu, tidak kurang juga netizen meminta Tiz menjemput mereka jika berkahwin nanti. Adakah Tiz dan teman lelaki bakal berkahwin tidak lama lagi?

Semoga sinar kebahagiaan terus berkekalan dan mempunyai jodoh sehingga ke jenjang pelamin. Kalau dah sesuai, jangan tunggu lama-lama.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: