25 December 2018

GELARAN 'DUDA': "IA PELAJARAN PALING BERHARGA" - NAZIM OTHMAN


Berita perpisahan antara aktor Nazim Othman dan aktres Bella Dally, tidak dinafikan telah mengejutkan orang ramai hingga timbul pelbagai dakwaan 'nakal' terhadap statusnya itu.





Namun, pelakon drama 'Monalisa' itu bagaimanapun memberitahu yang dia tidak sesal menggalas gelaran 'duda' yang dimiliknya.

"Jadi apa sahaja yang berlaku adalah pengajaran yang paling berharga buat diri ini. Jika orang lain menganggap ia adalah 'bala', saya pula anggap ia pelajaran paling berharga.

"Saya tidak pernah menganggap setiap peristiwa buruk yang berlaku sebagai balasan. Sebaliknya, ini adalah kasih sayang daripada Tuhan.

Klik untuk gambar besar


"Dengan adanya ujian dan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan, bukankah itu mematangkan hidup? Cuma sebagai manusia ruang dan peluang itu sentiasa ada dan jangan sesekali mensia-siakannya," katanya.

Kurang dari seminggu bakal menginjak ke tahun baru, Nazim menganggap tahun ini merupakan tahun untuk kembali mengenal diri dan memperbaiki semua kesilapan yang berlaku dalam hidupnya.

Terdahulu, Nazim telah bernikah dengan pelakon Bella Dally pada tahun 2016. Setelah beberapa episod pergolakkan rumah tangga terjadi, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada bulan Mei lalu.




www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: