24 December 2018

TIMANG ANAK KEDUA: "MINTAK MAAF... TAK DAPAT BALIK..." - SYAIFUL ZERO


Tahniah kami ucapkan kepada anggota kumpulan Zero, Saiful atas kelahiran cahaya mata keduanya yang merupakan bayi perempuan.





Pelawak tersebut mendapat berita gembira dari isterinya, Ahura Rudy yang kini berada di kampung halaman Sabah selepas selamat melahirkan anak perempuan yang sihat dan comel.

Berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya, Syaiful bagaimanapun terkilan kerana dia tidak dapat menyambut anak keduanya itu kerana proses kelahiran diadakan di Sabah, manakala dirinya berada di Shah Alam.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah syukur Alhamdulillah dgn cahaya mata yg Engkau berikan ini kpd kami.. Alhamdulillah dpt anak kedua lagi kali ni baby girl sepasang da.. Ayah mintak maaf sngt anakku. Ayah x dpt balik time kamu dilahirkan," tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan pujian kepada bayi comel dan ucapan tahniah buat Syaiful dan isteri. Setakat ini, Syaiful dan isteri masih belum mendedahkan nama anaknya itu.

Untuk rekod, Syaiful atau nama penuhnya Mohd Syaiful Doli Sharif berkahwin dengan Ashura pada 24 Julai 2015 dan sebelum ini dikurniakan anak lelaki bernama, Mohamad Sharif, 2 tahun.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Syaiful Zero


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: