24 December 2018

10 FOTO - AKIKAH & NEWBORN PHOTOSHOOT ANAK KELIMA ANNE NGASRI


Semalam telah berlangsung majlis akikah anak kelima, pelakon Anne pelakon Datin Anne Ngasri iaitu Nefa Naura yang diadakan dengan sangat meriah.





Dekorasi pelamin tersebut seakan-akan berada di taman bunga kerana hiasan bunga-bungaan dan pokok sakura penuh diletakan disekeliling katil tempat bayi beradu.

Menerusi foto-foto yang dikongsi Anne di akaun Instagram (IG) miliknya, ramai tetamu terutama keluarga menghadiri majlis tersebut.

Menariknya pada hari majlis akikah tersebut, Anne juga turut meraikan hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-6 bersama suaminyam, Datuk Mohd Sumali Reduan. Anne turut berkongsi ucapan bermakna buat suaminya.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Anne turut berkongsi foto 'newborn photoshoot' anak kelimanya. Kata Anne, photoshoot ini merupakan pertama kali setelah lima kali beranak.

"Syukur Alhamdulillah selesai dan sesi shooting Nefa Naura. Thanks so much buat adik2 @tinywinyphotography yang sgt pakar mengambil gambar dan menguruskan baby Nefa Naura.

"Kenangan terindah buat saya dan Naura... dan this way my 1st time setelah beranak 5," tulis pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri 'Cili Padi' itu.

Anne dan Sumali mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2012 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sufi Harraz, lima tahun dan Nefa Naura yang dilahirkan pada 28 November lalu.

Hasil perkahwinan Anne terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.


















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Anne Ngasri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: