24 December 2018

PEREKA MUATNAIK 'BUSANA NIKAH' - ELFIRA LUAH MENGENAI IBUNYA


Nampaknya kini semakin terjawab spekulasi majlis pernikahan pelakon Elfira Loy, 24, dengan tunangnya, Faris Khairol Anuar apabila pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memuatnaik gambar individu wanita mirip pelakon itu yang mengenakan busana perkahwinan.





Gambar beserta status 'coming soon' dan #bridesbyRR itu menguatkan lagi khabar angin pasangan itu bakal berkahwin awal tahun depan.

Rizman ketika dihubungi mengesahkan wanita dalam gambar itu adalah Elfira dan pernikahan bakal berlangsung dalam masa terdekat.

"Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka.

Klik untuk gambar besar


"Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin. Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami.

"Insya Allah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Sejujurnya, kami berasa teruja," katanya.

Rizman berkata, rekaan itu adalah istimewa dan berbeza daripada kebanyakan rekaan busana perkahwinan dihasilkan sebelum ini.

"Setiap selebriti ada nilai sentimental dan pesona sendiri. Disebabkan itu, setiap rekaan kami untuk mereka atau orang biasa berbeza. Tak ada yang sama.



"Macam untuk majlis El ini, ia memang istimewa. Lagi satu, El jenis yang tak kedekut. Setiap baju yang ditempah dengan kami dia bayar dan tak pernah minta penajaan," ujarnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada pihak Elfira tidak berjawab apabila mesej dihantar tidak berjawab.

Terdahulu, Elfira dan pasangannya yang juga Pengurus Besar di syarikat telekomunikasi mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu secara tertutup membabitkan keluarga dan kenalan terdekat sahaja.



Sebelum bersama Faris, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada Februari lalu.

Bakal berkahwin tidak lama lagi dan akan membina keluarga sendiri, Elfira baru-baru ini ada meluahkan perasaan mengenai ibu tercinta, Filzah Yusoff di akaun Instagramnya.

Elfira menyifatkan ibunya seorang yang kuat, berani dan begitu penyayang terhadap anak-anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja agar anak-anak hidup senang.

Dalam entri itu juga, Elfita berterima kasih kepada ibunya kerana sudah menjaga beliau dan adik-adik dengan penuh kesabaran meskipun ada kalanya mereka bermacam ragam dan nakal.



Elfira turut berkata dia selalu mendoakan ibunya dipanjangkan usia supaya wanita itu sentiasa berada bersama untuk mendoakan kebahagian dan kejayaannya.

Pengorbanan seorang ibu itu tidak terbalas. Mereka tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak-anak tersayang. Oleh itu, kita haruslah menjaga hati dan menghargai segala jasa mereka selama ini.

Tahniah dari kami buat Elfira dan pasangan diatas pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tertanya-tanya pula berapa pasang busana Rizman Ruzaini yang bakal digayakan Elfira nanti.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: