24 December 2018

FASHA SANDHA: "KALAU NAK BERTUNANG 3 TAHUN RASA-RASA OK KE?"


"Encik tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama bertunang.





"Alam pertunangan ni best juga sebenarnya sebab orang kata alam pertunangan ni menguji... Tapi Alhamdulillah setakat ini, baik-baik sahaja.

"Kalau nak bertunang tiga tahun rasa-rasa OK ke? Sebab kawan kami ada yang bertunang 9 tahun!," kata pelakon Fasha Sandha yang mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz pada November lalu.

Fasha sendiri memberitahu pengalaman bertunang buat kali pertama disifatkan sebagai membahagiakan walaupun ada mengatakan pada fasa ini pelbagai ujian akan melanda.

Klik untuk gambar besar


Sebulan mengikat tali pertunangan, pasangan ini nampaknya kelihatan begitu bahagia, almaklumlah sedang dalam 'angau' asmara.

Untuk makluman, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, mengikat tali pertunangan dengan Aidil, 31 pada 18 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: