15 December 2018

HAMIL ANAK KEDUA - SHIMA ANUAR KINI LEBIH MENITIKBERATKAN PERMAKANAN


Disahkan sedang hamil enam minggu anak kedua, pelakon Shima Anuar bersyukur diberikan Allah rezeki mengandung semula selepas setahun menimang anak sulung.





Isteri kepada Mohd Solih Toha itu berkata, dia dan suami tidak pernah merancang mengenai zuriat, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan rezeki.

"Sebelum mendapat tahu hamil, saya mudah penat dan sering tidur awal. Saya mengadu kepada suami mengenai perubahan pada diri, seterusnya membuat ujian kehamilan.

"Alhamdulillah, keputusannya positif. Buat masa ini, semuanya berjalan dengan baik dan saya berharap tidak mengalami alahan teruk seperti ketika hamil anak pertama," katanya.

Shima, 27, yang baru selesai penggambaran drama 30 episod, 'Isteri Dalam Sangkar' itu berkata, dia juga kini lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

Klik untuk gambar besar


Pelakon filem 'Highland Tower' dan 'Hospital' itu berkata, ketika hamil anak pertamanya, Marian Sophia, dia tidak begitu menitikberatkan perkara itu, sebaliknya menikmati apa saja yang disajikan.

"Sebelum ini, saya makan apa saja kerana kononnya, mahu bayi dalam kandungan membesar dengan sihat. Selepas bersalin, saya berusaha mendapatkan semula berat badan ideal.

"Memang ramai yang memberi komen mengenai perubahan diri selepas hamil. Pengalaman lalu membuatkan saya tidak mahu lagi terlalu mengikut selera.

"Bukan bermakna saya ikat perut, cuma saya lebih mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat untuk perkembangan kesihatan bayi," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Shima Anuar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: