15 December 2018

QAYYUM MUNTAH, SAKIT MATA, SELSEMA PANJANG, BROKITIS & RESDUNG" - DS SHAHIDA


"1 tahun yang lalu... majlis aqiqah dan cukur jambul... dua-dua dan togel kepala saya botakkan... cepatnya masa yang berlalu... tak sedar dah lebih 1 tahun saya jaga Ameena dan Qayyum... Masa Meena lahir x ada lah yang luar biasa sebab dia diam...





"Anak-anak saya yang sebelum ini semua tak meragam......bila Qayyum lahir rasa macam kejutan... sebab dia nangis tak berhenti kecuali tidur.... memang menguji kesabaran... @babyterlajarlaris.

"Minum susu pula selalu muntah-muntah sedab alergik susu lembu.....mata sakit lebih kurang 2 bulan..... selsema berpanjangan dan terbaru doktor kata brokitis dan resdung," tulis isteri kepada usahawan kosmetik popular Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida yang memuatnaik foto dua anak angkatnya, Ameena dan Qayyum.

Menerusi foto throwback setahun yang dimuatnaik di laman Instagramnya, Shahida telah berkongsi situasi kedua-dua anak angkatnya ketika baru dilahirkan terutama Qayyum.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, dia turut memberi nasihat kepada para ibu mengandung supaya menjaga pemakanan, seterusnya cuba mengambil menu sihat demi kesihatan anak yang dikandung.

Nasihat saya kepada ibu2 hamil please jaga kesihatan makan makanan berkhasiat... makan vitamin yang cukup supaya anak kita sihat insya Allah... bukan wang ringgit yang kita risaukan tapi kesihatan dia.. kesian masih kecik dan banyak sakit macam-macam.

"Kalau tak lalu makan ubat, minumlah susu, minum jus delima, makan yang berkhasiat... asid folik jangan tinggal..... jangan ikutkan sangat pembawakan......ingat tau anak dalam perut kita ni bergantung sepenuhnya dari apa yang kita ambik ketika hamil.... jadi pastikan kita ambik yang terbaik...., " kongsi Shahida lagi.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Shahida bersetuju dengan nasihat dan tips yang diberikan olehnya.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Datin Seri Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: