01 December 2018

'HIBA' ISU UNIC - FITRI HARIS NAFI LARI & GIMIK, INI PERJELASANNYA


"Saya menegaskan kontroversi yang berlaku antara saya dan Unic bukan gimik untuk melariskan produk. Itu bukan cara saya. Saya berdiam bukan melarikan diri, namun mencari saluran dan waktu yang sesuai.





"Buat masa sekarang, saya tidak akan menjawab semua kenyataan yang dikeluarkan UNIC dan pengurus mereka atau mana-mana pihak yang menyebarkan berita di sosial media, Whatsapp dan sebagainya berkaitan isu ini," ujar penyanyi nasyid, Fitri Haris menerusi laman Instagram miliknya.

Fitri yang merupakan bekas ahli kumpulan UNIC itu menjelaskan kontroversi yang berlaku antara dirinya dengan kumpulan UNIC bukan gimik untuk melariskan sesuatu projek.

Malah, juara Gema Gegar Vaganza 2018 ini berkata, tindakannya berdiam diri daripada mengulas isu terbabit disebabkan mencari masa dan saluran yang sesuai.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Fitri berkata, dia akan mengulas isu berkenaan selepas proses menyelesaikan masalah itu berjalan lancar.

Sebelum ini, anggota kumpulan tersebut iaitu Fakhrul, Bazli dan Nadji mengeluarkan kenyataan terkilan dengan tindakan Fitri yang menyanyikan lagu-lagu popular mereka pada setiap persembahan.

Mereka turut menganggap ia sebagai menganggu bisnes mereka yang masih aktif dalam industri muzik tanah air.

Dalam pada itu, Fitri berkata, dia menyerahkan masalah itu pada pihak pengurusan untuk menyelesaikan secara baik dengan pihak Unic.



Fitri yang memohon diberi ruang itu berkata, dia juga akan tampil memberi kenyataan rasmi dalam tempoh sepuluh hari.

"Saya akan menjawab segala persoalan dalam masa terdekat melalui saluran yang betul. Saya ingin merayu dan mohon sejuta kemaafan dan keampunan tuhan agar saya diberi masa sendiri bagi fokus kepada pembelajaran PhD yang di saat-saat kritikal," tuturnya.

Menurut Fitri lagi, pengurusannya bertanggungjawab sepenuhnya menasihati dan melakukan sebarang tindakan demi kebaikan semua pihak.

"Saya tampil bersuara tanpa rasa dendam dan ingin menagih simpati. Saya berasa amat sedih dan hiba melihat perbalahan netizen di ruangan ruangan komen sebelum dipadamkan status mereka. Jadi saya merayu dan memohon bantuan supaya tidak berbalah dan menghakimi sesiapa," jelasnya.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: