01 December 2018

ZARINA ANJOULIE DEDAH NATASHA HUDSON CERAI SEBAB CURANG?


Baru-baru ini, pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi muncul dan bukan kali pertama membongkar rahsia tentang artis, kali ini dengan berita panas tentang punca perceraian pelakon Natasha Hudson bersama Carleed Khaza beberapa bulan lalu.





Menerusi kemaskini di Instagram yang kini sudah dipadam, Zarina mendakwa yang Natasha pernah curang dengan bekas suaminya sehingga pasangan itu memutuskan untuk bercerai beberapa bulan yang lalu.

Dalam pendedahan yang sama, Zarina Anjoulie mendakwa yang Natasha kini sudah menemui pengganti dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


Natasha dalam perkembangan terbaru mengatakan yang beliau kini sudah memulakan hidup baru di Kelantan kerana sudah puas menetap di ibu kota besar.

Kenyataan Zarina itu mendapat perhatian ramai dan sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai juga yang tertanya adakah berita ini benar?

Kami pun agak terkejut dengan pembongkaran Zarina ini, nampaknya beliau memang bengang dengan Natasha. Entah apa yang terjadi sedangkan mereka berdua sebelum ini berkawan baik. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan lanjut daripada Natasha nanti.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: