01 December 2018

"KAMI TAK MARAH, HANYA KELUARKAN KENYATAAN" - BAZLI UNIC


Mengenai kemelut yang timbul antara mereka dengan Fitri Haris, anggota kumpulan UNIC Bazli atau Bazli Hazwan Che Osman tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi video yang dimuatnaik di laman Instagram @unicoffials.





Katanya, Fitri sudah lama meninggalkan UNIC, dan jika dia masih menyanyikan lagu-lagu popular kumpulan itu maka mungkin akan ada pihak keliru mengenai wujudnya dua kumpulan UNIC dalam industri muzik tanah air.

"Kami tidak marah, kami hanya keluarkan kenyataan. Jadi terpulanglah pada emosi individu ketika membaca apa yang sudah kami muat naik di laman sosial.

"Kami tegas kerana sayang UNIC. Kami berusaha keras untuk kekal relevan dan bawa nama kumpulan sehingga sudah 17 tahun dalam industri.

Klik untuk gambar besar


"Kalau saya tidak tegas, selepas ini mungkin Fitri akan nyanyikan pula lagu Zinnirah atau Lafaz Yang Tersimpan dan lagu-lagu lain. Jadi, siapa sebenarnya UNIC?

"Sejarah tidak boleh dipadam. Dia bekas anggota UNIC dan bukannya tidak boleh nyanyi pun tapi adalah lebih baik kalau dia berkembang dahulu kemudian barulah bergabung semula. Itu lebih manis," kata Bazli.

Bakal mengadakan Konsert Ainul Mardhiah pada 7 Disember hadapan, Bazli turut mendedahkan bahawa asalnya konsert itu adalah Konsert Dua Juara menggabungkan UNIC dan Fitri.



Bagaimanapun, nama konsert berkenaan terpaksa ditukar selepas timbulnya konflik antara mereka.

"Ketika dia menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza, saya pesan dia supaya buat betul-betul, pergi jauh dan bina nama. Ada masa bolehlah bergabung semula kerana nilai gabungan itu sangat tinggi, orang memang tunggu.

"Konsert Dua Juara itu perancangannya adalah UNIC bersama Fitri, tetapi apabila ada salah faham, konflik, tidak sabar dan tidak mengikut perancangan promosi, maka ia tidak menjadi. Sebab itulah nama konsert terpaksa ditukar," tuturnya.

Katanya, Fitri harus mencontohi Hafiz Hamidun yang juga meninggalkan UNIC tetapi mampu membina nama dan karakter sendiri hingga terkenal dengan Zikir Terapi.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: