03 December 2018

IBU ZAHIRAH: "ALLAH ATURKAN, MAMA & AYAH DOA KEKAL KE JANNAH"


Hubungan percintaan antara aktres Zahirah Macwilson dengan aktor Aiman Hakim Ridza sehingga kini hangat diperkatakan selepas pasangan pelakon ini memuatnaik gambar bersama di laman Instagram masing-masing sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.





Lebih mencurigakan, kapsyen pada foto yang dimuatnaik kedua-dua mereka yang berbaur romantik seolah-olah memberi gambaran wujud hubungan istimewa di antara mereka berdua.

"Kini sehingga selamanya, Insya-Allah," tulis Zahirah sambil meletakkan tanda pagar #ZahirahAH iaitu gabungan nama mereka.

Dalam pada itu, Aiman menerusi laman sosialnya pula memberi perumpamaan menggunakan nombor dan nota muzik asas yang menggambarkan hubungan istimewa itu baharu sahaja bermula.

Klik untuk gambar besar


"Nombor bermula dengan 123, muzik dimulakan dengan Do Re Mi. Huruf bermula dengan A dan berakhir dengan Z. Faktanya hanya ada kamu dan aku," tulisnya.

Terkini, ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff menerusi Insta Stories miliknya, mendoakan hubungan percintaan anaknya itu dengan Aiman berkekalan hingga ke syurga.

Maslinda yang memuatnaik foto pasangan itu turut memberitahu apa yang berlaku adalah perancangan Allah SWT.



"Semua Allah yang aturkan, mama dan ayah doakan semoga kekal hingga ke jannah. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson," tulis ibu Zahirah.

Sementara itu, bapa pelakon wanita itu iaitu aktor Zainol Macwilson belum memberi sebarang reaksi terhadap hubungan berkenaan.

Dalam masa sama, pelakon drama bersiri 'Tak Ada Cinta Sepertimu' itu mengucapkan terima kasih terhadap doa ibunya itu: "Alhamdulillah. Terima kasih ma, sayang ma selamanya, jumpa nanti".

Sebelum ini, Aiman pernah bercinta dengan aktres Fathia Latiff manakala Zahirah pula bersama aktor Zul Ariffin.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: