28 December 2018
ISU JURURAWAT 'BIADAP' - LINDA RAFAR TERIMA TEGURAN DOKTOR
Baru-baru ini menerusi Insta Stories, penyanyi Linda Rafar telah meluahkan rasa tidak puas dengan sikap serta layanan dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tempat ibu beliau dirawat.
Menurut Linda, jururawat itu bersikap biadap dan kurang ajar hanya kerana beliau meinta untuk menukar cadar di katil ibunya yang terkena najis. Permintaannya itu tidak diendahkan dalam tempoh yang sangat lama.
Isu tersebut sudah menjadi viral serta hangat sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama tetapi ada juga yang tidak setuju dengan tindakan Linda memuatnaik perkara itu di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Lebih baik untuk selesaikan secara matang dan membuat laporan mengikut saluran yang betul. Apa yang diviralkan oleh Linda turut mendapat teguran dari seorang doktor iaitu Dr Rusyainie Ramli.
Menurutnya, kerja untuk mencuci pesakit sebenarnya bukanlah tugas hakiki seorang jururawat tetapi menjadi tanggungjawab seorang anak.
Apa-apa pun, kami harap Linda dan pihak hospital dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Facebook Rusyainie Ramli
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment