28 December 2018

STATUS AGAMA SUAMI & PERKAHWINAN RAJA ILYA DIPERSOALKAN


Ramai mula mempersoalkan dan meragui status perkahwinan pelakon Raja Ilya bersama jejaka dari Australia, Trent Garrett selepas sehari Ilya memuatnaik gambar perkahwinan beliau.





Rata-rata komen yang ditinggalkan peminat di media sosial meragui proses perkahwinan Ilya kerana tiada sebarang video atau gambar proses akad nikah dijalankan seperti kebiasaan pasangan lain.

Selain itu, ada beberapa orang peminat yang bertanyakan sama ada suami Raja Ilya itu sudah memeluk Islam atau masih memegang agama asal beliau.

Klik untuk gambar besar


Paling mendapat perhatian adalah busana perkahwinan yang digayakan Ilya semalam selain gambar pasangan itu bercium mulut yang dianggap tidak manis ditunjukkan di media sosial.

Banyak sebenarnya persoalan tentang perkahwinan Ilya dan jejaka dari Australia ini yang memerlukan jawapan namun hanya empunya badan mampu menjawabnya. Kami harap Raja Ilya dapat memberikan penjelasan kepada peminatnya yang ingin tahu.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: