28 December 2018

TAHNIAH - ALI PUTEH & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA


"Semalam (Khamis) saya dan isteri pergi ke klinik kerana isteri kurang sihat. Hasil pemeriksaan mendapati isteri kini sedang hamil tiga bulan dan doktor menjangkakan tarikh kelahirannya pada bulan Ogos.





"Tahun depan mak saya akan sambut dua cucu sekaligus. Bayi Abam pula dijangka dilahirkan pada bulan June, 2019," kata pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh, Ali, yang teruja.

Ali ketika dihubungi Astro Gempak berkata, berita kehamilan isterinya kali ini lebih mengujakan kerana tarikh kelahiran anak keduanya itu dijangka dua bulan selepas abangnya, Abam.

Tambah Ali lagi, isterinya, Melati Fitri Abdullah yang disahkan hamil tiga bulan itu mengalami alahan agak teruk pada kehamilan kali kedua ini.

Klik untuk gambar besar


"Kali ini kuat pula mabuknya. Bau masakan pun tak boleh, tapi setakat ini semuanya normal dan baik-baik sahaja. Doakan urusan saya dan isteri dipermudahkan, ya!" tuturnya yang turut berkongsi rasa gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Untuk makluman, Ali dan Melati yang bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016.

Mereka telah dikurniakan seorang puteri, pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Dalam perkembangan lain, Ali dan seorang lagi anggota kumpulan Puteh, Mamak, bakal berentap di minggu kesembilan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) malam ini, bertemakan Karoot Komedia.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: