07 December 2018

KAKA AZRAFF KINI SUDAH JADI TUNANGAN ORANG?


Penyanyi Kaka Azraff yang sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Adam Azriff itu dikatakn sudah sudah mengikat tali pertunangan baru-baru ini.





Adam menerusi laman Instastory miliknya itu telah memuatnaik video keluarga pihaknya berkunjung ke rumah penyanyi itu dan juga saat seorang wanita menyarungkan cincin ke jari manis Kaka.

Video yang memperlihatkan seorang wanita menyarungkan cincin di jari Kaka itu telah meninggalkan tanda tanya di kalangan peminat-peminatnya.

Malah, Adam turut berkongsi foto dirinya bersama Kaka dengan kapsyen: "Say hello to my soon to be ex girlpren @kakaazraff". Kapsyen tersebut seakan memberikan gambaran yang mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


Video dan foto tersebut juga diletakkan dalam album 'Best days' di ruangan highlight di laman sosial jejaka itu.

Melihat pada waktu di laman Instastory tersebut, majlis itu diadakan lebih kurang seminggu yang lalu.

Namun, tidak mendapat kepastian sama ada pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan atau hanya sekadar majlis merisik.

Lebih menguatkan lagi apabila ibu saudara kepada Kaka iaitu Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin turut berkongsi foto mereka sekeluarga dan kelihatan penyanyi lagu 'Sibuk' ini memakai baju yang sama di dalam video tersebut.



Bagaimanapun, usaha untuk menghubungi Kaka untuk mendapat kenyataan mengenai video dan foto tersebut tidak berjaya. Sehingga kini, masih tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Kaka berkenaan berita gembira ini.

Menerusi laporan sebelum ini, Kaka memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan status dirinya yang masih solo walaupun usianya sudah menjengah 29 tahun.

Menurut Kaka, kesibukan dengan karier seninya membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk berfikir soal pasangan hidup buat masa ini.

Jika berita ini benar, kami doakan segala perancangan Kaka dan Adam untuk ke jenjang pelamin berjalan dengan lancar. Harapnya nanti Kaka sudilah berkongsi berita gembira ini dengan umum.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, mStar & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: