07 December 2018

HAFIZ HAMIDUN AKUI BUKAN PERTAMA KALI DIGANGGU


"Sebenarnya sudah beberapa kali saya melalui perkara begini. Peminat ini terlalu fanatik dan berani, malah sentiasa mencari jalan untuk memastikan permintaan mereka dilunaskan.





"Ada yang bertalu-talu menghantar pelbagai mesej di media sosial dan apabila tidak dilayan, mereka akan mencari lokasi di mana saya berada.

"Sekiranya gagal bertemu, mereka akan melakukan perkara yang mengarut dan di luar jangkaan," kata penyanyi Hafiz Hamidun yang mengakui insiden terbaru diganggu peminat wanita ‘misteri’ bukan pengalaman pertama dilaluinya.

Hafiz, 34, sebaliknya berkata, sebelum ini, dia pernah diganggu peminat yang sanggup mencarinya di pejabat dan di rumah semata-mata untuk memastikan keinginan mereka tercapai.

Klik untuk gambar besar


Dalam insiden terbaru pada Isnin lalu, Hafiz dikejutkan dengan kehadiran seorang peminat wanita yang memberanikan diri ke pejabatnya untuk bertemu.

Dakwa Hafiz, wanita itu sering mengaitkan namanya dalam status yang dimuat naik di laman sosial sejak dua minggu lalu.

"Dalam satu status, wanita itu seolah-olah memaklumkan dia ada bersama saya selepas melarikan diri dari rumah.



"Rentetan kejadian itu, saya terpaksa meminta orang ramai membantu saya mencari keluarga wanita itu menerusi status di laman sosial," ujarnya.

Hafiz bagaimanapun mendakwa, isu lain pula tercetus apabila keluarga wanita terbabit seolah-olah menyalahkannya kerana mendedahkan perkara itu kepada umum.

"Ahli keluarga wanita itu meminta saya membuat laporan polis, tetapi saya menolak kerana tidak mahu mencampuri urusan keluarganya.

"Namun, saya pula yang dimarahi kerana enggan membantu keluarganya, malah saya turut dilabel sebagai artis sampah," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: