06 December 2018
TAHNIAH - AMAR ASYRAF & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
Menerusi laman Instagram, pelakon Amar Asyraf telah mengumumkan berita gembira dimana isterinya, Arna Salleh kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Entri yang dimuatnaik hari ini itu juga mendedah foto 'ultrasound' yang merakamkan imbasan bayi di dalam kandungan isterinya.
"#adiktaufiq, #anakbapak, #syukuralhamdulillah, #keluargaamarasyraf #maybeanotheramar," tulisnya ringkas.
Klik untuk gambar besar
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan keselamatan bayi dalam kandungan isteri kesayangannya.
Untuk makluman, Amar dan Arna sah bergelar suami isteri pada 7 Jun 2013 menerusi majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Taufik pada 8 Julai 2014.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Amar Ashraf
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment