06 December 2018

12 GAMBAR - 'HARUM DALIA' SAMBUT BIRTHDAY PERTAMA HARI INI


"Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu. Dalam perut Harum memang tak reti duduk diam. Kalau diam tu sebab dia tidur je. Sama la sekarang pun. Kalau tidur je Harum diam.





"Kadang-kadang rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam-macam hal lah.

"Hai lah budak kecik. Dah setahun dah awak harini. Kejap je rasanya," demikian tulis pelakon Ezzaty Abdullah mengenai anak sulungnya, Harum Dalia yang menyambut hari lahir hari ini (6 Disember).

Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Ezzaty telah memuatnaik foto 'throwback' ketika mengandungkan Harum dan sambutan hari lahirnya.

"Tak lama lagi dah besar, ada boyfriend pastu rasa nak kahwin pulak dah. Oh no!!! Cepatnyerrrrr," tulis Ezzaty.

Klik untuk gambar besar


Manakala, bapa kepada Harum, pelakon Azwan Kombos juga memuatnaik foto bersama beserta ucapan khas sempena hari kelahiran Harum.

"Happy 1st birthday @harumdahlia..I want to be the 1st to wish you that. Gambar ni nampak bosan. But too much love in it. Grow up to be amazing like your mom," tulisnya pula.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ezzaty turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Harum.

Untuk makluman, Ezzaty dan Azwan telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.






















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos & Harum Dalia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: