20 December 2018

"LAMA LAGI KAT SINI, JADI TOLONG DOAKAN KESIHATAN AKU" - BENJY


Pelakon Benjy yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, menerusi nota tulisan tangan, telah menceritakan keadaan terkini dirinya yang ditahan pihak berkuasa republik itu atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu ketika tiba di negara itu, tahun lalu.





"Aku lama lagi kat sini. Jadi tolong doakan yang kesihatan aku jadi lebih baik. Aku kena sihat untuk terus hidup di sini. Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudah," tulisnya.

Perkembangan terbaru anak pelakon veteran, Allahyarham Azean Irdawaty itu diceritakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi yang menemui Benjy di penjara terbabit, pada sidang media, di sini, hari ini.

"SENIMAN amat bersimpati terhadap Benjy yang menghidap penyakit asma kritikal dan sering batuk tanpa henti. Malah, dia berpotensi diserang penyakit tibi atau batuk kering. Dalam rangka lawatan itu, SENIMAN menyalurkan sedikit sumbangan bagi membolehkan dia membeli ubat-ubatan.

"Kami juga mendapatkan nasihat doktor mengenai masalah kesihatannya. Doktor beritahu Benjy memerlukan kira-kira RM500 sehingga RM1,000 sebulan untuk membeli ubat," katanya.

Zed menambah, beliau difahamkan, Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim tidak menerima pelawat sejak dia dipenjarakan, dua tahun lalu.

"Sehubungan itu, kami mendapat idea untuk membantu Benjy daripada sudut kebajikan dan kesihatan. Jumlah kutipan yang terkumpul daripada tabung yang kami lancarkan hari ini akan diserahkan kepada Benjy," ujarnya yang melawat pelakon berusia 39 tahun itu, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Zed berkata, Tabung Prihatin Seniman untuk Benjy akan mula diedarkan untuk mengumpul sumbangan ahli termasuk peminat. Zed berkata, mereka mengunjungi Benjy kerana bersimpati dengan keadaanya yang menghadapi masalah kesihatan.

Klik untuk gambar besar


"Benjy ada menghubungi rakan-rakan artis untuk meminta pertolongan. Berikutan itu, ramai yang membuat aduan kepada kami. SENIMAN berharap tabung ini dapat membantu meringankan masalah kesihatannya," tuturnya.

Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais di sana sejurus tiba dari Kuala Lumpur. Mengikut laporan, Benjy disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan alam duburnya.

Berikutan itu, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun 3 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan Sumatera Utara.

Zed berkata, persatuan juga akan mengadakan lawatan berkala ke Penjara Tanjung Gusta bersama rakan-rakan artis bagi memberi sokongan moral kepada Benjy.

Dalam perkembangan lain, Zed mengumumkan SENIMAN akan mengadakan Seniman Run 2.0, Februari depan selepas penganjuran kali pertama tahun lalu, mendapat sambutan memberangsangkan.

Acara larian berbentuk amal itu bertujuan mengumpul dana yang akan disalurkan kepada ahli yang kurang bernasib baik seperti

Seniman Run 2.0 yang akan diadakan pada 16 Februari pada jam 7 pagi di Dataran Merdeka, di sini, terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: